Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Tuesday, August 08, 2017

Eid Murabak with family and friends 2017

1 syawal tahun ini jatuh pada 25 Jun 2017 setelah tamat 29 Ramadan kita berpuasa.. tak cukup sebulan tu.. tapi raya nak hashtag raya kan sebulan.. uwekk.. tak sedar diri.. itu belum masuk yang Allah bagi cuti, diskaun lagi seminggu alahai.. raya sakan.. puasa yang yok jer..


sama macam tahun sebelumnya, pagi raya atau raya kedua, ziarah nenek (belah ibu) dekat Bagan Dato, Perak sekampung dengan Fattah Amin kalau uols nak tau.. kikiki.. raya kedua dah ada dekat Klang, ye la.. ayah iouls ni anak sulung, atuk dan nenek belah ayah dah takde.. so, mesti adik beradik yang lagi 10 orang serta sedara-mara lain nak datang beraya.. tak sempat nak beraya lama-lama dekat Perak.. 


gambar adik-beradik yang tak complete.. lagi sorang membongkang dakat rumah.. bengong betul la.. pagi raya buat hal.. ni, gambar ibu and ayah takde pun.. memang diorang tak suka sangat bergambar.. apelah nasibku ini.. selalu bergambar syok sendiri jer..



happy family, tengok pipi pun tau.. si adik laki iouls tu.. ha ha ha



rumah sedara mara ke sepupu ibu ntah.. ramai sangat sampai lupa..



dah balik ke Klang, beraya dengan sedara belah ayah pulak.. 



ibu-ibu dan makcik-makciks


ni yang boleh hashtag cousins makes the best friends.. nak lepak or habis kan masa kalau bosan senang je... whatsapp diorang..



esok lusa pulak beraya dengan best friends..


masing-masing dah expert dah bab posing.. lagi-lagi pose ala model and mannequin.. pergh.. excellent.. raya haritu kan famous dengan trend bergambar tak pandang camera.. itu pun iouls terperasan dekat Intagram Fattah Amin la..


sesekali bawak si kecik ni jalan beraya.. mood masak kelaut, makan dekat restoran je la jawabnya.. satu hari tu, nak balik dah masuk dalam kereta tetiba menangis-nangis merengek.. kepelikkan sungguh.. rupanya dia nampak selang dua kereta parking ni ada orang bukak payung.. iouls tak perasan langsung! selalu tak pernah macam ni.. dia cakap:  nak beli tu..nak beli tu..


rupanya nak beli mercun (pop-pop).. eh, berbulu jer tengok dia ni..



hasil didikan malam raya la ni.. dah, pendek je kisah raya iouls tahun ni.. semua banyak buat hal masing-masing.. well, adik-adik kan bujang semua.. nanti bace cerita open house pulak ye..


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank