Hello Kitty Bank

Blogger Widgets

Syawal Kedua Anaqi

Assalamualaikum

hmm tak tau nak update apa pasal raya tahun ni.. banyak gambar dah post kt Instagram sebab kat situ je kite rajin nak ushar, simple tak macam blog, kena karang ayat bagai..  lagipun.. biase la tu boleh cuci mata.. lagi-lagi banyak Instashop... hadoiii.. rambang mata ni.. melambak-lambak pilihan ada

tema raya kami tahun ni.. Ayah anaqi out of theme sebab dia pakai baju yg sama tahun sudah.. biasa la tu.. orang laki selagi boleh berjimat.. siampan duit tu diam-diam.. sekali bukak fb.. melambak warna BIRU dari royal blue, midnight blue, electric blue.. semua adik beradik biru ada raya ni... pic agak blur sebab guna front camera.. budak ni selagi tak nampak muka dalam camera memang tak kan nak senyum.. 

tak ingat dah mana satu gambar raya pertama, kedua, siang or malam.. semua dah jadi rojak


raya kedua balik tanjung karang raya umh nenek belah ayah Anaqi.. tahun ni tak bergambar kt sawah padi sebab kesuntukan masa.. hah.. nak kata nak beraya tapi bangun tengahari lepas tu jalan jem teruk balik umah kt klang pun dah malam.. sangat tak well plan.. adoi


ok beraya sakan budak kecik ni.. baju melayu sampai 2 pasang.. yang kuning ni lebihan baju mi mi.. untung dapat nenek tailor.. sejam sebelum nak gerak beraya baju baru siap.. sampin pun sama.. lebihan kain songket sarawak mi mi


tapi itu lah susah nak ambil gambar.. lari sana lari sini.. tak duduk diam.. gambar semua tak berapa nak jelas.. niat jadi model baju kanak-kanak out!


tengok tu idea akal dia nak mengemas... hepp.. hepp.. kalau tak larang or umpan dengan kuih semprit mesti dia dah tumbangkan pokok bunga nenek mas tu (beraya rumah nenek sedara anaqi yg keberapa ntah.. banyak sangat nenek).. susun atur tak berapa ngam dia kata.. meh sy tolong kemaskan ye nenek...


tak paham penyakit ape yang dihidapi oleh kaum abah-abah ni.. anti betul selfie.. mujur baik hati nak tolong amikkan gambar.. dari ayah kite adik beradik sampai ke hubs semua macam alegik tengok camera.. haha.. tengok fb diorang pun tau.. dah macam haram selfie bg diorang... sanggup bubuh ganbar kereta, motor, tayar, lori, sportrim.. siapa yang kenal adik beradik kita.. tau lah diorang tu macam mana.. tapi tak jadi masaalah pun.. as long as hati baik (sangat).. cuma tak menunjuk depan orang je..


sayang betul onyang kat Anaqi.. la ni baru nak datang beraya umah onyang yang dah bertahun.. start dari rumah onyang yang baru buat tu siap.. sampai sekarang tak pernah jejak masuk rumah lagi.. mana tak selalu atuk & nenek Anaqi pergi mesti kita tak ikut.. banyak pulak hal nya...


raya ke berapa ntah si warok buat makan stimbot.. tapi untuk kite-kite aje la.. macam biasa la kita makan sikit-sikit je.. aktiviti kami cuma makan, minum, melepak, ber-dubsmash dan main mercun.. nak report? ade kitorang kisah?

pose from sepupu sekufu sekepala.. dulu kecik sama-sama main kotor.. dah besar semua bajet nak melawo je


dalam sibuk beraya.. rumah jiran depan rumah pun tak habis ziarah, sempat lagi melepak celebrate besday makcik nana anaqi ni.. ni cousin kawan merayap kite.. selamat hari tua ye nak.. tq abam aaron  aziz sudi retweet gambar kitorang yang homei lagi sweet ni... follow lah yer..

ini pun raya sekali celebrate besday boy baju hijau.. time ni Anaqi bangun tido so mood dia kelaut..
ada lagi tapi cukup tu sahaja la nak cerita pengalaman raya dak kecik ini.. cerita lain pulak entry akan datang.. sekian... 

Photoshoot Princess Mia

nama diberi Puteri Damiya' Qasrina - semalam genap 3 bulan adik naufal.. sekejap je rasa dah membesar budak ni... kejap lagi meniarap.. merangak, jalan, berlari or ada lagi adik baru.. kalau dulu masa naufal kecik maklong rajin tolong buat photoshoot untuk dia.. sekarang untuk adik pulak.. baru lah adil.. cuma tak banyak sangat gambar sebab maklong sibuk nak pergi beraya yang masih berbaki ni..


photoshoot sangat.. 
sebab nanti parent dia nak buat frame besar-besar buat kenangan setiap baby dia..


Puteri ni agak photogenik dan sangat behave.. sangat senang nak amik gambar dia.. tak banyak ragam.. baik sangat budak ni duduk diam-diam dan terima seadanya apa maklong buat..


cuma photoshoot nak nampak natural tak ada tema apa-apa macam professional photoG tu buat.. just nak ada gambar kenang-kenagan masa dia baby je.. agak traditional sikitkan? alas lapik kain batik nenek.. berbedung kain napkin.. ala-ala kampung kan?


pandai buat mimik muka budak kecik ni.. senyum la.. muncung la.. duck face la.. bibir juih la.. ikut perangai maklong gaknya kuat selfie.. tengok mata dia.. sekejap sepet sekejap dibulatkan.. banyak lagi takkan nk upload semua.. so belanja sikit je kat sini dan instagran... haa.. agak-agak nak amik Puteri jadi model baby boleh PM.. (kahkahkah.. sesuka hati je maklong dia ni)


nak beli headband yg santek-santek dan comel-comel boleh tengok kat insta : http://instagram.com/arissa_headband

banyak sangat pilihan yg macam puteri pakai, nak custome made pun boleh

Baby Cirit-Birit


takkan nak upload pic najis anaqi kan? so google for sample ye

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda.

Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut:

  • jangkitan seperti gastroenteritis; 
  • mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus; mula tumbuh gigi;
  • pengambilan ubat;
  • kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.


since anaqi dah start solid food.. bila tumbuh gigi terus nak makan macam orang dewasa.. hurmm.. tapi hemak still bagi makanan lembut-lembut juga.. hari tu sebab terlalu banyak makan dia cirit birit.. ye la, kut-kut makanan tak proper hygiene.. pegang barang or tangan kotor pun sumbat dalam mulut... senang bakteria merebak.. jadi hemak-hemak memang wajib peka dengan persekitaran dan keselamatan anak. 

pengambilan ubat itu betul jadi punca juga, masa anaqi batuk berkahak dulu pun sama.. seminggu kena on antibiotik.. makan ubat cair kahak lagi.. at last jadi cirit-birit dan najis agak berlendir.. another way untuk buang bahan yang tak sepatutnya..

Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

kebanyakkan info dicedok dari -> http://www.lifefit.my/adakah-bayi-anda-sihat-kenal-pasti-melalui-najis-bayi-anda/  entry ini sekadar perkongsian dan untuk ingatan tuan tanah. Sekian.

Baby Demam Seminggu

seingat sy afeef anaqi kalau demam,  jenis demam dia lama agak berpanjangan sikit.. tapi bukan 24jam badan dia panas, cuma on off dan kadang panas melampau pada waktu malam.. Bagi ubat, dia kebah.. tapi tak sampai 6 jam lepas tu panas balik... kadang sampai seminggu.. so paham lah hemak bahawa dia nak cari akal baru.. nak explore something new...  nak tumbuh gigi pun iye.. so masa tu la dia passive sikit tak aktif macam biasa.. tarantum memang lah terlebih.. buat itu tak kena.. buat ini tak kena.. mintak berdukung sentiasa... nak ngempeng pun "sentiasa" melekat dah macam anak kanggaroo.. hemak memang tak sampai hati nak tengok anak bersedih and not in good mood macam tu.. badan dia pun tak sedap.. selera makan takde.. sampai hati lagi ke nak hantar pada pengasuh atau penjaga? sampai hati lagi ke nak tinggal macam tu? sampai hati lagi ke nak menyukarkan keadaan di rumah pengasuh? (common sense kan?) memang tak lah.. at last pun hati tak tenang kat office.. buat kerja pun semua tak betul duk fikir pasal anak.. 

seumur hidup afeef anaqi.. ada la dalam 3x dia demam lama.. first masa 7 bulan.. sembuh dari demam terus pandai merangkak bediri dan meniti.. pakej sekali.. hehe.. second masa umur 9 bulan rupanya nak keluar gigi...and last dalam 11 bulan.. nak pandai berjalan... oooo betul orang tua kata budak demam sebab nak pandai, nak beralih bulan or ringankan badan kata mak.. klu dulu masa baby gebu debab-debab bila dia demam mesti rupa dia berubah dan agak susut sikit.. kesian tengok..

masa 7 bulan tu, standart la kalau check kat government hospital, demam lebih 3 hari terus cek darah.. sebab takut suspect denggi.. bahaya tu.. masa umur 7 bulan tu.. cek suhu mesti 39-40'c terus admitted.. bila suhu tinggi sangat baru doc bagi ubat "bontot" sejenis paracetamol yakni ubat demam nak bagi suhu turun.. sebab bahaya bagi baby jika demam terlalu tinggi, risiko untuk sawan 'tarik' banyak kes jadi di hospital ni (tetiba rasa macam doctor pulak sebab sy suka round ward tanya khabar jiran-jiran tanya penyakit itu ini.. sebab sakit itu ini.. doc treatment macam mana.. banyak ilmu dapat walaupun cita-cita nak jd doctor dulu tak kesampaian.. sobs.. tak pe pass pada Anaqi je cita-cita tu)

7 month

masa 9 bulan, admitted juga sebab lebih 3 hari demam.. redho je la baby kena cek darah sekali lagi.. pastu doctor cakap platlet dia agak rendah.. esok repeat cek darah pun still tak naik.. maka admit juga la ke hospital.. darah putih normal bukan denggi tp doctor still nak investigate kenapa platlet makin rendah so kat hospital doctor treat Anaqi as dengue.. setiap 4 jam kena amik darah.. Allah je tau perasaan tak sampai hati nak tengok tu macam mana... boleh bayangkan? tangan baby yg kecik.. urat dia yang halus.. darah still kena amik penuh 1 vial (hah, tak tau ape istilah menda alah tu pd medic) baik demam, terus keluar seketul gigi

 
9 month.. makin susut badan sebab makin melasak

11 bulan demam, alhamdulillah tak sampai admitted... hemak dah mahir sikit handle.. lagi pun masa admit hospital doctor tak kerap bagi ubat.. bila suhu tinggi je.. dia memang nak galakkan natural imune system.. bukan sembuh depending on drugs kalau tak de komplikasi yg kronik.. alhamdulillah juga bila check darah result negative... lama-lama dia akan baik sendiri... lepas baik, terus pandai jalan...
-throwback pic 7 bulan- tengok ni.. sakit tau.. dia cucuk tang sana dia cucuk tang sini tang sini nak cari urat darah... tak dapat tangan ke kaki pula.. tak belah kiri.. belah kanan pula.. tapi saya kuat! sekuat tiger! auuuummm

kadang ada jugak demam sehari dua.. eh, ni spesis demam jangka masa pendek pula ye.. haha.. most of the reason ialah penat.. baby penat main ke.. terlebih exercise ke.. terjatuh ke.. terseliuh ke.. biasa la baby main-main kadang jatuh tergolek sampai salah urat.. yg ni, bila bawa pegi berurut alhamdulillah terus kebah.. aduiii budak dah start melasak kan? bila dah pandai panjat-memanjat kerusi.. pastu berdiri tegak atas kerusi... hooo.. seriau betul mak tengok..

kerja berat ye nak.. rajin sangat nak tolong atuk.. mana tak demam.. grrr...

meh share sikit petua macam mana nak rendahkan suhu badan or demam baby:

1- tanggalkan baju baby or pakaikan pakaian yg nipis
2- di hospital doctor akan suruh kita mandikan baby dengan kerap
3- ataupun "keep on sponging" tuamkan towel basah/sejuk pada badan or kepala baby
4- kalau anak yang dah start makan, boleh bagi air jambu campur madu (blendkan or tumbuk hancur)
5- kalau masih fully breastfeeding.. beri dengan lebih kerap (ini lebih kepada build up imune system
   sebab susu ibu itu sendiri adalah titisan emas yg mampu beri ketahan pada tubuh baby



sy menaip dengan harapan setiap moment yg berlaku tidak dilupakan begitu sahaja.. or untuk kenangan Anaqi pada masa akan datang... sekarang ni dia masih belum hadam peristiwa dalam hidup dia sepenuhnya..

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hello Kitty Bank